KABONG: Dapat Satu juta ringgit seperti mimpi saja bunyinya tetapi ia bukan mimpi, bukan juga omong kosong. Tapi benar !

Kisah nyata ini berlaku terhadap seorang anak muda, masih bujang berumur awal 30-an. Dia merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik dan bekerja di sebuah syarikat swasta.

Bagaimanapun, rezeki besarnya itu tidak datang bergolek begitu sahaja. Segalanya bermula dengan usaha dan yakin pada apa yang dilakukan.

Kalau rezeki sudah tersurat segalanya pasti terjadi.

Namun cerita ini tidak sama sekali ada kena mengena atau berkaitan dengan skim cepat kaya.

Plot ceritanya bermula dengan tindakan lelaki berkenaan melakukan simpanan melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ternyata tindakannya satu langkah bijak yang akhirnya membawa pulangan luar biasa selepas beberapa tahun.

Rezeki besarnya menjelma apabila
keputusan Cabutan Istimewa BSN SSP Januari 2020 dikeluarkan baru-baru ini.

Nombor SSP milik lelaki tersebut ternyata bertuah apabila terpilih daripada kalangan jutaan yang lain dan muncul sebagai pemenang hadiah bernilai satu juta ringgit minggu lalu.

Salah seorang daripada ahli keluarga pemenang itu berjaya dijejaki petang tadi dan mengesahkan perkara demikian.

Menurutnya pemenang telah menerima hadiah yang dimenangi namun dia tidak mengetahui perancangan pemenang selepas dianugerahkan dengan kemenangan hebat itu.

Jadi anda bila lagi ? Buatlah langkah bijak juga sambil berharap tempias kejayaan luar biasa lelaki itu kena pada anda juga.