Monday, December 5, 2022

Treler rempuh jejantas

Secara Rawak

PULAU PINANG: Sebuah treler yang membawa muatan berat ‘tersangkut’ di bawah jejantas pejalan kaki di Pengkalan Weld, George Town Pulau Pinang pada Rabu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, treler yang melebihi paras had ketinggian 5 meter itu gagal melepasi jejantas menyebabkan pemandu lori terpaksa menghentikan kenderaan.

Akibat rempuhan itu  struktur jejantas itu senget dan tercabut

Kejadian itu menyebabkan aliran trafik sesak teruk.

Pemandu treler berusia 33 tahun itu tidak sedar kenderaan yang dipandunya tersangkut.

Pemandu itu  ditahan untuk siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru