Sunday, December 4, 2022

Pulut panggang jadi buruan penduduk Sibu untuk sarapan pagi

Secara Rawak

SIBU: Pulut panggang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melayu asal Sibu sejak turun temurun dan menjadi pilihan utama orang ramai apabila berada di Sibu terutamanya ketika menikmati sarapan.

Pengusaha pulut panggang di Kampung Datuk Sibu, Muhammad Noor, yang ditemui berkata jualan hasil pulut panggang boleh mencecah sehingga RM500 hingga RM1,000 sehari pada satu-satu masa setelah ditolak kos bahan mentah dan buruh seperti dipetik dari Malaysia Aktif.

“Pulut panggang mempunyai peminatnya sendiri dan mereka akan mencari, membeli dan merasai sendiri pulut panggang ini apabila berada di Sibu,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Muhammad turut Malaysia Aktif menjelaskan pengusaha pulut panggang turut menghadapi masalah khususnya harga kenaikan bahan mentah seperti beras pulut dan santan kelapa.

“Kita bersyukur atas usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kerap turun padang memantau kenaikan harga barangan ini dan secara langsung memberi pulangan positif kepada pengusaha pulut panggang seperti kami ini.

“Kami turut berharap kerajaan dapat menyediakan peluang-peluang kursus yang berkaitan dengan usahawan serta suntikan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan kami pada masa hadapan,” katanya lagi.

Pulut panggang seakan-akan lemang namun tidak menggunakan buluh sepertimana pembuatan lemang dan cara pemprosesannya juga berbeza di mana beras pulut akan dikukus sehingga masak dan kemudian dimasukkan ke dalam acuan khas bagi menghasilkan pulut berbentuk silinder.

Pulut yang telah masak akan diletakkan atau dicelup dengan perahan air santan terlebih dahulu dan seterusnya dibungkus menggunakan daun pisang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru