Setakat Khamis, 565 maut akibat wabak 2019-nCoV di seluruh dunia dengan 1 kematian masing-masing di Filipina dan Hong Kong.

Manakala jumlah mereka yang positif dijangkiti wabak koronavirus di seluruh dunia ialah 28,293 orang dengan China mencatatkan jumlah besar iaitu 28,035 jangkitan.

Jumlah yang dilaporkan sembuh daripada wabak ini ialah 1,277 iaitu 1,257 sembuh di China. Manakala sembilan mangsa jangkitan sembuh di Thailand, masing-masing tiga di Australia dan Vietnam. Di Singapura, Korea Selatan dan Perancis pula masing-masing seorang mangsa sembuh.

Setakat ini, 28 negara di dunia telah dijangkti virus yang mula menular di Wuhan, di Hubei.