KUCHING: Keputusan permohonan semakan semula Petronas menentang pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) oleh Kerajaan Sarawak akan diputuskan Mahkamah Tinggi 13 Mac nanti.

Petronas sebelum ini memohon mahkamah memutuskan sama ada Sarawak boleh mengenakan SST atau tidak terhadap produk petroleum.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam kenyataannya semasa ditemui media, meminta rakyat mendoakan kejayaan Sarawak dalam kes ini.

Bagai Hasidah, Sarawak mempunyai peluang memenangi kes ini berdasarkan
hak di bawah perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963, termasuk laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan undang-undang negeri.