HONG KONG: Jumlah kematian akibat coronavirus dalam sehari mencatat rekod baharu di China, selepas 65 kes berlalu di wilayah Hubei – disahkan pihak berkuasa kesihatan.

Angka terbaharu itu membawa kepada jumlah keseluruhan kematian menjadi 490 orang.

Menurut data yang dikeluarkan pada pagi Rabu oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan seperti dipetik South China Morning Post, jumlah kes di seluruh negara meningkat kepada 3,887 – juga satu rekod baharu harian – kepada 24,324, majoriti daripadanya di wilayah Hubei province,  pusat merebaknya virus berkenaan.

Kes novel coronavirus di Hubei meningkat daripada 3,156 kepada 16,678, menurut angka yang dikeluarkan pada tengah malam Selasa. Hampir 2,000 daripada kes berlaku di Wuhan, ibu kota Hubei apabila virus itu dipercayai berpunca dari pasar basah dan makanan laut.

Menurut akhbar itu, lebih daripada 2,5000 pesakit yang menjalani rawatan di Hubei sama ada dalam keadaan tenat atau kritikal, menurut angka terkini.

Katanya lagi, setakat tengah malam Selasa, 892 orang di seluruh negara China yang dijangkiti virus itu telah pulih dan dikeluarkan dari hospital, tetapi lebih daripada 185,000 masih dalam pemerhatian.

Sementara itu, sudah terdapat 18 kes di Hong Kong, 10 di macau, 112 di seluruh Asia, 26 di Eropah, 10 di Taiwan, 12 di Australasia dan tujuh kes di negara lain di dunia.