KUCHING: Penasihat Undang-Undang Sarawak Datuk Seri J.C Fong pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri pada Selasa berkata, Petronas dikenakan SST secara sah untuk jualan produk petroleumnya.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi menentukan akan membuat keputusan pada 13 Mac nanti berhubung permohonan semakan semula Petronas menentang pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) oleh Kerajaan Sarawak.

Dalam kenyataan pada sidang media tersebut, bagi Fong Petronas bertanggungjawab di bawah Seksyen 8 untuk membayar Cukai Jualan Negeri (SST) kerana ia cukai jualan yang dikenakan ke atas jualan produk petroleum di Sarawak.

Menurtu beliau, Petronas mesti mematuhi undang-undang terutama berkaitan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) serta undang-undang negeri seperti Ordinan Perlombongan Minyak dan undang-undang cukai seperti Ordinan SST.

Kata Fong, kuasa meluluskan SST oleh perundangan negeri disifatkan sebagai kuasa dalam senarai negeri.

Menurut Fong Mahkamah Tinggi juga diberitahu akan kelebihan Sarawak mengenakan SST dalam isu ini dan ia hak negeri yang tidak boleh dirundingkan.