KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menjejaki sebuah kontena berisi rokok belum lulus Kastam bernilai RM967,500.00 berhadapan sebuah premis di jeti persendirian, Jalan Gedung, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata penemuan tersebut hasil pantauan dan risikan pasukan ke atas sebuah kontena yang dilihat mencurigakan terletak di bahu jalan.

Menurutnya, tindakan memecahkan mangga besi keluli kontena berkenaan seterusnya dilakukan anggotanya setelah hampir dua jam risikan dibuat di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kontena terbabit telah dipenuhi dengan muatan pelbagai jenis rokok pelbagai jenis.