KUCHING: Penjaja Uptown Dewan Suarah telah mengadakan gotong-royong membersihkan tapak penjaja di Dewan Suarah pada Ahad.

Dalam usaha memastikan kebersihan dan keselamatan orang ramai terjamin, adalah menjadi tanggungjawab penjaja Uptown Dewan Suarah untuk menjaga kebersihan.

Di samping itu, penjaja Uptown Dewan Suarah yang kebanyakannya terdiri daripada belia menyatakan terima Kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memberikan kebenaran kepada mereka menimba rezeki di kawasan Dewan Suarah.

Uptown Dewan Suarah beroperasi pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula jam 6.00 petang hingga 1.00 pagi dengan menjual makanan, minuman, pakaian, kraftangan, menyediakan mengurut, menggunting rambut dan sebagainya.