BEIJING: China sangat memerlukan peralatan kesihatan termasuk topeng muka bagi menghadapi penyebaran wabak koronavirus.

Ketika ini dengan memanjangkan cuti selepas Tahun baharu Chna akibat penyebaran virus ini, kilang terlibat tidak menghasilkan pengeluaran barangan keperluan berkaitan kesihatan ini.

Ketika ini, topeng muka sukar didapati kerana stok yang semakin berkurangan di pasaran.

Kilang yang biasanya menghasilkan sehingga 20 juta topeng muka sehari kini hanya mampu membekalkan sehingga 70 peratus permintaan.

Menurut AFP pada Isnin, wilayah lain termasuk Guangdong, meminta kerajaan pusat membantu mereka menyediakan topeng muka.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, ketika ini China memerlukan topeng muka, pakaian pelindung dan cermin keselamatan.

Koronavirus dikatakan berasal daripada haiwan seperti kelawar atau ular yang dijual di pasar setempat termasuk di Huanan di Wuhan.