BEIJINGL: Agensi berita Xinhua melaporkan 475 pesakit yang dijangkiti Koronavirus 2019-nCoV pulih pada Ahad.

Laporan menyebut pesakit ini pulih sepenuhnya dan dan dibenarkan keluar hospital.

Pada Isnin, seorang pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan barat daya China dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 13 orang di daerah itu dibenarkan keluar.

Memetik Bernama, pesakit di wilayah Fujian timur China juga dilaporkan pulih.

Di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China, lima pesakit dibenarkan pulang.

Sementara itu, pada Ahad 18 pesakit dibenarkan keluar hospital di wilayah Jiangxi timur China.