BEIJING: Suruhanjaya Kesihatan China mengumumkan kematian akibat Koronavirus 2019-nCoV di seluruh China meningkat kepada 425 orang.

Di Hubei sahaja kematian dilaporkan 414 orang.

AFP melaporkan di seluruh dunia terdapat 20,400 kes positif jangkitan wabak virus corona tersebar di 26 negara.

Ketika ini masyarakat China sukar mendapatkan topeng muka kerana sebahagian besar pekerja kilang masih diperpanjangkan cuti selepas cuti Tahun baharu China yang lepas.

Wilayah Guangdong meminta kerajaan pusat membantu menyediakan topeng muka.

Kapasiti pengeluaran topeng muka di China biasanya mencapai 20 juta topeng muka sehari, tetapi kini ia hanya menghasilkan sekitar 60 hingga 70 peratus daripadajumlah rutin.

Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, ketika ini negaranya amat memerlukan topeng muka medis, pakaian pelindung dan cermin mata pengaman.