KOTA SAMARAHAN: ‘First Response Team’ atau pasukan tindakan pantas yang ditubuhkan di Muara Tuang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang berkata, penubuhan pasukan berkenaan juga memastikan perkhidmatan dapat disalurkan dengan kadar segera.

Jelasnya, setiap masalah dan aduan yang disuarakan rakyat akar umbi akan diambil perhatian dan cuba diatasi dengan segera.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ulang Tahun Markas Operasi Dan Penubuhan First Response Team (FreT) ADUN Muara Tuang Ketiga di Samarahan.

Sementara itu, Idris menambah, penubuhan ‘First Response Team’ juga merupakan platform terbaik dalam membantu rakyat di kawasan Muara Tuang semasa berdepan kecemasan atau bencana dengan terus bergerak ke lokasi dan menyerahkan bantuan kepada rakyat.