KUCHING: Pendengaran permohonan semakan semula kehakiman antara Petronas dan Sarawak berlangsung hari ini dan Selasa, di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di sini.

Petronas sebelum ini meminta mahkamah memutuskan sama ada Sarawak boleh mengenakan SST atau tidak ke atas produk petroleum.

Pada 10 Disember lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Petronas memohon semakan kehakiman membatalkan Notis Penilaian membabitkan sekitar RM1.3 bilion untuk SST.

Selain itu semakan dipohon mengisytiharkan seksyen tertentu dalam Ordinan Cukai Jualan Negeri Sarawak sebagai “ultra vires” kepada Perlembagaan Persekutuan.