BEIJING: China melaporkan 361 mangsa maut akibat Koronavirus 2019-nCoV setakat semalam.

Mengutip CNN, kes wabak virus itu kini positif menjangkiti 16,600 orang.

Kes di Hubei bertambah 2,013 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan China 9,618 pesakit dirawat secara intensif, manakala sekitar 478 pesakit dilaporkan kritikal.

Setakat ini, Koronavirus 2019-nCoV disahkan  tersebar ke lebih 20 negara di luar China.

Kematian pertama koronavirus di luar China berlaku di Filipina melibatkan warga China yang sudah dijangkiti virius itu sejak di China.

Lelaki berusia 44 tahun itu berasal dari Wuhan, di wilayah Hubei, tempat virus itu pertama kali dikesan merebak.

Manakala, kes pertama jangkitan manusia ke manusia koronavirus dilaporkan berlaku di Thailand melibatkan pemandu teksi yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Chin.

Pemandu teksi itu dikatakan mendapat jangkitan virus tersebut dari pelancong China di dalam teksinya.