Penduduk Natuna mengadakan tunjuk perasaan membantah penghantaran 243 warga Indonesia yang dipindahkan dari Hubei, China, wilayah yang diinfeksi wabak koronavirus.

Penghantaran tersebut bertujuan mengisolasi untuk pemerhatian kesihatan warga berkenaan sekitar 14 hari.

Memetik tempo.com pada Ahad, pagi ini ratusan warga mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Pangkalan Angkatan Laut Ranai dan di depan pejabat DPRD Natuna.

Penunjuk perasaan turut membakar ban. Mereka mendakwa sebarang kesan penyebaran virus korona hasil pemindahan itu memberi kesan kepada masyarakat Natuna.

Ketua DPRD Natuna, Andes Putra menjelaskan bantahan timbul kerana kerajaan pusat tidak memberitahu terlebih awal kedatangan warga dari Hubei itu sehingga membuat masyarakat panik.

Menurut Tempo, kerajaan Indonesia dilaporkan menghantar 250 Korps Briged Mobil atau Brimob Polda ke Natuna selain sebagai pemerhati ketibaan ratusan warga dari Hubei, membantu TNI dan Polres Natuna, mereka turut memudahkan dialog dengan masyarakat setempat.

Menurut peta, Pulau Natuna terletak berdekatan Kuching, Sarawak.