JAKARTA: Indonesia, membawa pulang 250 warganya yang berada di wilayah Hubei.

Di Hubei, warga Indonesia dikatakan berada di 15 lokasi kuarantin, dengan sekitar 100 orang berada di Wuhan dan kota lain termasuk Kota Enshi, Jingzhou, Huang Shi dan Xianning.

Menurut Panglima TNI Marsekal Hadi Tjahjanto meskipun mereka yang dibawa pulang ini disahkan sihat, kerajaan memutuskan mengkuarantinkan mereka di Natuna sebagai lokasi transit.

Mereka dibenarkan bertemu keluarga sebaik sahaja dipastikan kesihatan mereka benar-benar baik.

Natuna merupakan pangkalan tentera Indonesia yang memiliki kemudahan hospital di bawah kendalian tentera yang memiliki landasan pesawat berdekatan dengan lokasi isolasi.

Kerajaan Indonesia menyewa pesawat Batik Air milik Lion Air Group untuk membawa pulang warga Indonesia keluar dari Hubei.

Warga Indonesia dari Wuhan dibawa pulang dan ditransit di Natuna. (Foto: Dok. KBRI Beijing)