SIBU: Cawangan kelima Red Bundle di Jalan Lanang Sibu, dibuka hari ini

Pengusaha Red Bundle, Ismandi Labot berkata, pembukaan cawangan baharu yang kelima Red Bundle di Jalan Lanang Sibu itu akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Bersempena pembukaan cawangan kelima Red Bundle di Jalan Lanang Sibu, 1 Februari ini pihak kita akan menyediakan sebanyak 20,000 helai pakaian pelbagai jenama untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak.

“Selain daripada pakaian terpakai, turut disajikan kepada para pengunjung iaitu beg, patung, kasut, kelengkapan rumah dan banyak lagi dengan harga mampu milik,” katanya.

Ismandi berkata cawangan terbaharu yang kelima ini menyediakan tempat lebih luas dan ia bakal dipenuhi oleh pelbagai variasi barangan terpakai yang memenuhi di setiap ruang kedai Red Bundle Jalan Lanang Sibu itu.

“Pengunjung juga akan turut berpeluang menyaksikan acara belah guni seperti pakaian berjemama, barangan selimut, cadar tilam, tuala, totto, lap kaki dan banyak lagi dari guni bundle terbaik dari Korea, USA dan Jepun,” tambah beliau.

Katanya lagi, pembukaan rasmi Red Bundle akan bakal disempurnakan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Wan Abdillah Edruce.