BETONG: Menjelang 18 tahun menjadi Bahagian Mac depan, Betong memerlukan pelan induk pembangunan lebih inklusif untuk terus melangkah ke 2030.

Menurut Adun Layar Gerald Rentap Jabu, satu sesi diadakan minggu depan sebagai platform membincangkan pembangunan seterusnya mengemukakan pelan induk.

Beliau berkata penting merealisasikan dasar Kerajaan Sarawak untuk mengangkat Betong yang kini memiliki 120,000 jiwa, sebagai “Bakul Makanan” negeri ini.

Bercakap semasa ziarah Tahun Baharu Cina bersama-sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Betong pada Jumaat,  Rentap berkata dalam merangka pelan induk ini, semua aspek diberi perhatian meliputi pendidikan, modal insan, pembangunan fizikal, bekalan air dan elektrik dan isu lain.

Rentap menggesa golongan muda aktif menyertai rancangan pembangunan Bumi Kenyalang.