KUALA LUMPUR: Lebihan dagangan Malaysia diunjurkan pada RM9.5 bilion ekoran meningkatnya nilai import pada 3.9 peratus dan eksport 1.7 peratus pada Disember 2019.

RAM Ratings dalam kenyataan menjangkakan prestasi itu mampu dicapai walaupun dalam persekitaran suram global yang menjejaskan perdagangan Malaysia

Menurut RAM Ratings, eksport Malaysia ke China mungkin berisiko memandangkan 83 peratus import barangan Beijing ketika ini dari Malaysia.

AS dikatakan sebagai pesaing dan menjadi alternatif bagi China mendapatkan bekalan pada harga yang kompetitif.

Namun, Malaysia mendapat manfaat sekiranya terdapat perubahan dalam polisi eksport AS ke China.