SERIAN: Serian akan memiliki kompleks baharu hujung tahun ini, selain pusat persidangan akan dibina dengan tender projeknya dibuka tidak lama lagi.

Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM9.6 juta membangunkan kemudahan terbabit.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Sri Michael Manyin Jawong yang juga Adun Tebedu pada majlis persaraan dan meraikan residen baharu Serian di Dewan Masyarakat Serian pada Jumaat, menyifatkan kedua-dua projek besar ini mengubah landskap Serian sebagai salah satu Bahagian baharu di Sarawak.

Manyin turut menjelaskan bahawa pembinaan prasarana bagi Serian masih menunggu kelulusan Unit Perancangan Negeri (SPU).

Manyin turut berharap pembangunan di Serian bertambah rancak sebagai lokasi persinggahan pengguna jalan raya dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo.