KUALA LUMPUR: Kos sebenar mengerjakan ibadah haji ialah RM22,900, namun seperti biasa, jemaah haji muasasah kekal membayar hanya RM9,980 bagi musim haji 1441H/2020M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bayaran RM12,920 bagi setiap jemaah haji masih ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Bercakap pada sidang media selepas prapelancaran Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mujahid berkata TH masih menanggung RM408.2 juta untuk semua 31,600 jemaah haji tahun ini.

Kos lain ditanggung TH ialah penganjuran kursus haji perdana sekitar RM70 juta.