Britain secara rasmi meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu setelah menjadi anggota blok ekonomi itu 47 tahun.

Peristiwa bersejarah dirai penyokong pro-Brexit dan protes kalangan anti-Brexit.

Di Scotland, majoriti warganya memilih bersama UE mengadakan acara nyalaan lilin.

Penyokong Brexit berpesta di luar Parlimen di London dengan ada yang menyanyikan lagu patriotik.

Perdana Menteri Boris Johnson berikrar menyatukan negaranya dan menuju ke arah kemajuan.

Dalam pesanan di media sosial Boris menulis: “Saya memahami semua perasaan itu dan sudah menjadi tugas kami sebagai kerajaan –tugas saya – untuk membawa negara ini bersatu dan membawa kita maju.”

Boris mengatakan: “untuk semua kekayaan dan untuk semua kualitinya yang mengagumkan, EU berkembang sepanjang 50 tahun ke arah yang tidak lagi sesuai bagi negara ini”.

Di Brussels, bendera Britain diturunkan dari tiang di luar Parlimen Eropah.