Tuesday, August 16, 2022

Peluang pekerjaan dalam pendidikan kanak-kanak awal sangat luas – Fatimah

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak menyokong pendidikan awal kanak-kanak yang disifatkan umpama persiapan awal sebelum hadapi pembelajaran formal.

Menterinya Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, para graduan dan ibubapa tidak perlu mengkhuatiri akan kekurangan peluang pekerjaan dalam bidang tersebut kerana di Sarawak, jumlah taska dan tadika kini pada jumlah yang memberangsangkan.

“Melihat dari segi statistik di Sarawak, bilangan taska yang ada pada masa ini adalah sebanyak 258 sudah berdaftar dan mempunyai kelas taska sebanyak 4,239 dengan 2,906 jumlah pelajar manakala untuk tadika pula bilangannya adalah sebanyak 2,904 di mana kelas tadika adalah sebanyak 5,175. Ini adalah termasuk tadika swasta, tadika Kemas, tadika Perpaduan, pra sekolah, SeDidik dan sebagainya dengan jumlah pelajar seramai 81, 104,” kata Fatimah ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej SIDMA yang ke-6 di sini, Khamis.

Pada majlis tersebut, seramai 256 graduan Kolej SIDMA Sarawak telah menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Dalam pada itu, Monica Langgong, 38, ibu kepada dua orang anak yang juga penerima Anugerah Pengerusi SIDMA atas pencapaian cemerlang akademik cenderung untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atas dasar minat.

“Saya merupakan bekas jururawat di mana saya telah meletak jawatan pada hujung tahun 2016 dan melanjutkan pelajaran saya dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada kemasukan Jun 2017,” kata Monica. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru