San Francisco: Pada Sabtu lepas, Mark Shrayber menjadi panik dan risau sebaik sahaja menyedari kedua-dua warna kakinya berubah menjadi biru.

Dia kemudian mencari puncanya di laman web.

Selepas membaca penerangan di laman web kesihatan, dia percaya kakinya mendapat “trombosis urat”.

Lelaki itu segera memandu ke wad kecemasan di hospital berdekatan.

Selepas diperiksa, Mark memberitahu dia tersipu-sipu malu apabila doktor mengatakan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Sebaliknya warna kakinya berubah menjadi biru angkara seluar jeans baru yang dipakainya.

Mark berkongsi pengalaman lucu ini di akaun Twitternya menyebabkan ribuan pembaca geli hati dan ada yang turut berkongsi pengalaman serupa dalam hidup mereka gara-gara mencari simptom penyakit secara atas talian.