Indeks Keselamatan Kesihatan Global dikeluarkan Unit Risikan Ekonomi pada 25 Oktober tahun lepas, menunjukkan

bagi negara di Asia Tenggara, Thailand dan Malaysia berada di atas sebagai negara yang bersedia untuk wabak penyakit berjangkit.

Ranking kajian ini menunjukkan Singapura
dan Indonesia berada pada urutan seterusnya

Memetik media Singapura straitstimes.com laporan dikeluarkan menunjukkan tiada negara sedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan pandemik.

Hanya 13 negara di dunia termasuk Thailand dan Korea Selatan dikatakan “paling sedia” berdepan dengan pandemik atau penyebaran virus.

Daripada keseluruhan 195 negara di dunia Amerika Syarikat menduduki tempat teratas dengan skor 83.5 peratus, diikuti Britain, Belanda, Australia dan Kanada dikatakan paling sedia menghadapi penyebaran wabak penyakit berjangkit.

Kajian ini meneliti enam kategori di sesebuah negara iaitu melibatkan isu pencegahan, pengesanan, tindak balas, sistem kesihatan, komitmen untuk memperbaiki dan kelemahan kepada ancaman biologi melalui 140 soalan berkaitan.

Dalam ranking dunia, Malaysia menduduki tempat ke-18 dengan skor 62.2 peratus di bawah Thailand berada pada tangga keenam dengan skor 73.2 peratus.

Manakala, Indonesia berada di tangga ke-30 dengan skor 56.6 peratus.

Indeks kesihatan mengambil keputusan dua tahun setengah untuk dimuktamadkan, dengan lebih 100 penyelidik dan pengulas terlibat.