BEIJING: Mangsa meninggal dunia akibat Koronavirus 2019-nCoV meningkat drastik kepada 213 orang.

South China Morning Post memetik laporan Badan Kesihatan Hubei melaporkan kini virus yang belum ada vaksin itu menjangkiti 9,356 orang.

Perangkaan ini dikatakan melampaui wabak SARS yang merebak 2002-2003 lepas mencatat 8,098 positif jangkitan dengan kematian tinggi mencapai 774 orang.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) di Geneva mendeklarasikan koronavirus pada status darurat sama seperti ketika menularnya wabak ebola, zika dan H1N1.

Selain di China, kes infeksi virus korona dikesan di Kanada, AS, Perancis, Sri Lanka, Thailand, Taiwan, Vietnam, Korea Selatan, Nepal, Singapura, Australia, Malaysia, Jepun, Kemboja, Jerman, Finland, UAE, Filipina dan India.