Saturday, December 3, 2022

Mangsa koronavirus meningkat 170 maut, 1700 positif

Secara Rawak

Mangsa maut koronavirus 12019-nCoV di China hari ini melonjak 170 kes.

AFP melaporkan wilayah Hubei melaporkan pertambahan 38 kematian baharu dengan lebih 1,700 kes positif jangkitan disahkan.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) meminta China segera mengambil langkah mengatasi wabak ini.

China menutup Hubei, khususnya Wuhan yang menjadi kawasan penyebaran awal virus corona.

Selain China, kes ini tersebar di Kanada, Amerika Syarikat, Perancis, Sri Lanka, Thailand, Taiwan, Vietnam, Korea Selatan, Nepal, Singapura, Australia, Malaysia, Jepun, Kemboja dan Jerman. Kes terbaharu dilaporkan dikesan di Finland dan Emiriyah Arab Bersatu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru