Tuesday, September 27, 2022

Bomba Betong pergiat usaha cari Izzat di Beladin

Secara Rawak

BELADIN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi menjejak seorang remaja yang hilang di sungai Kampung Beladin kini diteruskan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Betong dengan bantuan beberapa agensi lain dan penduduk setempat.

Petang semalam sebuah perahu lumba dengan 18 pendayung karam akibat angin kencang ketika sedang melakukan latihan.

Remaja lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Muhammad Izzat Farhan Bin Ismail berusia, 16 tahun.

Mangsa yang berasal dari Kampung Tengah Darat Beladin merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin.

Ketua Balai Bomba Betong, PPgB Vincent Baling Yabi memberitahu operasi SAR pada pagi tadi bermula kira-kira jam 9. 35 pagi dengan pasukan bomba menurunkan bot di pangkalan feri Pusa – Beladin yang kemudiannya terus membuat pencarian awal.

“Kami berkumpul di Kampung Beladin Hulu (Lokasi penempatan PKB) bersama-sama agensi lain untuk aturan gerak kerja. Jarak laluan sungai dari pangkalan feri ke PKB adalah sejauh 7 kilometer. Laporan radius pencarian serta logisitk agensi lain yg terlibat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

” Turut sama berada dalam operasi SAR adalah PBK I Henry anak Jugah (Peg. Operasi Balai), PBK II Tony bin Morni (Penyelia Pasukan), PBK II (KUP) Steven Dudley anak Dasu, PBK II (KUP) Edwin anak Jonani, PBK II (KUP) Mohd Faizal bin Rashid dan PB Mar Zakiria bin Julai, ” ujarnya.

Petang semalam 18 orang pendayung berada dalam sebuah perahu lumba dan sedang berlatih untuk acara lumba perahu ditimpa musibah apabila perahu mereka karam sebaik sahaja sampai berhampiran di pengkalan LKIM Kampung Hulu Beladin, perahu tersebut hilang kawalan dan merempuh kapal tongkang dan terus terbalik.

14 orang pendayung bagaimanpun dapat menyelamatkan diri, manakala 3 lagi diselamatkan orang awam dan seorang masih hilang.

Kesemua mangsa yang diselamatkan telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk menerima rawatan.

Sehingga berita ini ditulis jam 1. 30 petang mangsa masih belum dijumpai.

Info tambahan:

Logistik agensi lain terlibat:

1. Polis 6 orang , 2 bot
2. RELA 7 orang, 1 bot fiber
3. Orang kampung 40 orang guna bot ikan 4 buah
4. Lembaga Sungai Sarawak 2 orang
5. APM 6 anggota 1 pegawai kanan & sebuah bot MKN.

Radius pencarian: 1 kilometer ke hulu dan hilir lokasi terakhir mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru