KUCHING: Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee mengesyorkan agar perkhidmatan bas hidrogen diperluaskan ke seluruh Sarawak.

Menurut beliau, tindakan sebegini membantu penumpang menggunakan perkhidmatan percuma dan dapat dirasai segenap lapisan masyarakat.

Perkhidmatan sebegini menurut beliau memudahkan penumpang ke tempat kerja dan membeli-belah.

Jofri turut mencadangkan perkhidmatan bas hidrogen ini digunakan untuk kanak-kanak dan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.

Beliau berkata, ia dapat membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang bekerja.

Perkhidmatan tiga bas hidrogen mula beroperasi di bandar raya Kuching dan Damai 22 Januari lalu.