KUCHING: Lelaki berusia 26 tahun dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh teman wanitanya berusia 24 tahun.

Lelaki tersebut berdepan hukuman gantung sampai mati menyebabkan kematian wanita terbabit pada pagi 24 Mac 2019 di rumah kedai di Batu 4, Jalan Penrissen.

Mahkamah Tinggi menetapkan suspek membela diri 5 hingga 6 Febuari depan. Kini tertuduh ditahan di Penjara Puncak Borneo.