BEIJING: Mangsa maut akibat wabak Coronavirus 2019-nCoV di China kini mencapai 132 orang menurut Reuters.

Setakat hari ini, pihak kesihatan China mengesahkan kes positif jangkitan virus ini bertambah 1,459 menjadikan jumlah mereka yang poisitif Coronavirus 2019-nCoV sebanyak 5,974 orang.

Infeksi virus korona yang disifatkan Presiden China Xi Jinping sebagai “syaitan” itu telah disahkan tersebar ke 15 negara di dunia.

Untuk mencegah penularan lebih luas, China menutup Hubei, khususnya Wuhan wilayah asal penyebaran virus berbahaya ini.

Setakat ini, Jepun menghantar pesawat pertama mengangkut sekitar 200 warga mereka keluar dari China.

Amerika Syarikat turut mengevakuasi sekitar 240 warga mereka menuju California Rabu ini.

Sementara, Prancis mengirim pesawat untuk memindahkan warganya keluar dari Wuhan, mulai Khamis.

Xi Jinping bercakap kepada WHO di Beijing, berjanji sentiasa mengeluarkan perkembangan terbaru berkaitan krisis jangkitan virus berbahaya itu.