KUCHING: Kes suspek disyaki hidap koronavirus di Bintulu diumumkan negatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata lima kes disyaki koronavirus seperti dilaporkan semalam disahkan negatif.

Kes suspek jangkitan di Bintulu dikatakan melibatkan pegawai pemasaran loji jana kuasa di bandar itu, warganegara China yang berada di Wuhan pada 11 hingga 16 Januari lalu.

Suspek berusia 25 tahun dilaporkan kembali ke negeri ini melalui Kota Kinabalu mengalami simptom demam pada Ahad, dan mendapat rawatan di hospital swasta, kemudian dirujuk ke Hospital Bintulu dan terus dikuarantin.

Di tempat kerja wanita itu di Bintulu, media melaporkan syarikat tersebut mengikuti prosedur pengasingan pekerja selama 14 hari.

Kini syarikat berkenaan beroperasi seperti biasa.