TINJAR: Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Penguang Manggil menyampaikan peruntukan MRP sebanyak RM20,000 di Kampung Muhibah Jaya, Lapok.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut RM15,000 kepada JKKK Kampung Muhibah Jaya sementara RM5,000 kepada Biro Wanita. “Majoriti penduduk yang menetap di Kampung Muhibah Jaya yang terdiri merupakan kaum Kenyah dan Kayan selain Iban, Kiput dan Cina,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Penguang menjelaskan, peruntukan MRP tersebut untuk membantu penduduk kampung menjalankan projek kecil-kecilan selain membantu menjayakan aktiviti tahunan.

Beliau turut menyerahkan sijil lanjutan perkhidmatan kepada 26 ketua kaum di daerah Beluru.

Adun Marudi itu juga menerangkan tentang projek penyambungan elektrik oleh pihak SEB, penyambungan bekalan air bersih oleh JBALB, bantuan bagi kaum ibu yang bersalin, program Endowment Fund Sarawak (EFS), Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), projek infrastruktur lain dan peranan ketua masyarakat dan ketua kaum.