KUALA LUMPUR: Atas nasihat peguam Ramkarpal Singh, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meneruskan saman fitnah ke atas bekas pembantu penyelidiknya Muhammad Yusoff Rawther.

Ramparpal memberitahu Malaysiakini, beliau menasihatkan anak guamnya menggugurkan saman tersebut selepas berpendapat tiada keperluan lagi berbuat demikian.

Sebelum ini, menurut satu sumber Jabatan Peguam Negara melepaskan Ahli Parlimen Port Dickson itu daripada dakwaan atas tuduhan Yusoff, 26, dia diserang secara seksual.

Yusoff pada sidang media lepas mengaku menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh Anwar, 76.