TATAU: Unit Hal Ehwal Agama Lain (Unifor) menghulur sumbangan dana RM655,000 kepada empat gereja di Tatau; Gereja St. Peter Tatau, SDA Bukit Batu Jalan Samarakan, SDA Samarakan dan Gereja SDA Bintulu.

Penyerahan cek bagi dana tersebut disampaikan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai yang juga Adun Kakus.

John Sikie dalam ucapannya pada penyerahan dana tersebut berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat rakyat semua kaum dan agama di negeri ini.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak terus menghulurkan bantuan kepada badan keagamaan di negeri ini menerusi Unifor.