KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Isnin mengesahkan tiada kemasukan pelancong dari Wuhan ke Malaysia sejak 23 Januari lepas.

Menurut Dzulkefly, pihak berkuasa China sudah menghalang penduduk Wuhan meninggalkan wilayah mereka ekoran penularan wabak virus Corona tersebut.

Melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di Sepang, Dzulkefly memberitahu setakat ini kes positif virus Corona di Malaysia kekal empat orang.

Menurut beliau, satu kes di Bintulu masih dianggap suspek dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.