SIBU: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengetuai rombongan partinya Parti Demokratik Progresif(PDP) ketika menyambut tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PDP di Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Katolik sebentar tadi.

Lebih kurang anggaran 1000 orang yang menghadiri rumah terbuka PDP yang disertai oleh segenap lapisan masyarakat .

Majlis ini juga diserikan dengan aktiviti Yee Sang dan memotong kek yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi PDP Sibu dan tetamu jemputan yang hadir ke majlis ini.

Tetamu juga diserikan dengan tarian singa dan pemberian “angpau” kepada kanak-kanak juga diberikan .

Majlis ini telah bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Turut hadir ke majlis ini , Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming dan Timbalan Presiden SUPP, Datuk Chieng Buong Toon.