Tuesday, June 28, 2022

Kerajaan Sarawak rancang sediakan bas hidrogen di Miri, Sibu dan Bintulu

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri berkata, kerajaan Sarawak bersedia untuk menambah bilangan bas hidrogen di negeri ini.

Mulai hari ini tiga buah bas hidrogen mula beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam dengan menawarkan tambang secara percuma kepada para penumpang.

“Untuk permulaan hanya tiga buah bas digunakan. Ini ialah permulaan dalam rancangan kita untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam,” jelas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Beliau berkata, langkah seterusnya ialah menggalakkan semua orang menggunakan perkhidmatan bas hidrogen.

“Kita akan tambah jumlah bas. Kemudian kita akan beralih ke Sibu, Miri dan Bintulu,” katanya. 

Abang Johari mengakui walaupun bas elektrik satu pilihan yang baik, namun ia memberi impak kepada alam sekitar.

“Kalau guna bas elektrik baterinya sangat berat dan mengandungi lithium yang tidak mesra alam,” jelas beliau.

Sebaliknya, bas hidrogen sangat mesra alam walaupun ia ada menggunakan elektrik.

“Namun ia tidak banyak kerana enjinnya dijana oleh bahan api hidrogen serta tidak mengeluarkan asap seperti diesel,’ jelasnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru