Monday, June 27, 2022

Abang Johari komited tangani isu pengangkutan awam di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri prihatin dan komited untuk menangani masalah pengangkutan awam di negeri ini.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau akan merumuskan formula untuk membantu golongan miskin dari segi pengangkutan awam.

Pada Isnin Abang Johari yang balik dari satu majlis di Sri Aman menyaksikan sendiri kesesakan jalan raya dari Samarahan ke bandar raya ini.

“Saya lihat sendiri bagaimana keadaan kesesakan dari Samarahan ke Kuching,” katanya.

Justeru, jelas beliau, amat penting untuk menangani isu pengangkutan awam di negeri ini.

“Saya masih lagi mencari formula dan saya akan umumkannya nanti,” kata Ketua Menteri di sini semalam.

Katanya, beliau telah meminta Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin mengalami sendiri perkhidmatan bas awam.

“Lee telah menaiki bas awam di Miri dan Kuching. Beliau terpaksa menunggu dua jam,” jelasnya.

Katanya lagi, pembinaan sistem pengangkutan awam moden termasuk ART akan memberi manfaat kepada orang ramai di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru