SIMANGGANG: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau berani mengumumkan pelbagai projek kerana yakin ia dapat dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kewangan negeri.

Hal ini menurut Ketua Menteri, beliau tidak mahu menghampakan rakyat kalau ia tidak dapat dilaksanakan.

“Kalau mahal sangat, saya tak akan umum. Kalau memang tak dapat, jangan dikatakan dapat. Kalau tak dapat, kita hampakan orang,” katanya di sini.

Namun, katanya, setakat ini, apa-apa yang diumumkan oleh Kerajaan Sarawak di seluruh negeri sudah berjalan dan dilaksanakan melalui peruntukan sendiri,” katanya.

Pada majlis itu, Ketua Menteri turut meluluskan peruntukan berjumlah RM5.5 juta untuk menaik taraf Taman Aman, iaitu sebuah taman hijau berkeluasan 15 hektar.

“Sejumlah RM5 juta lagi diluluskan untuk projek pemuliharaan Rumah Sri Aman, yang akan dinaik taraf sebagai muzium,” katanya.

Yang turut akan dinaik taraf ialah Jalan Astana, Jalan Main Bazar, Jalan Abang Aing dan jalan Resak di sini yang dijangka menelan kos RM20 juta.