Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batang Lupar menyokong tindakan Parti menyiasat YB Zuraida Kamaruddin atas tindakan beliau yang dilaporkan melanggar etika dan disiplin parti. Biro disiplin mesti bertindak pantas dengan adil dan saksama berdasarkan kesimbangan merit yang ada.

Cabang ini juga menyatakan bahawa kenyataan media oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Desmond Kho adalah tidak mewakili dan mencerminkan pendirian kesemua 31 cabang PKR Sarawak. Cabang Batang Lupar masih mengekalkan pendirian mengikut lunas perlembagaan parti.

Dalam kes YB Zuraida Kamaruddin, laporan ada dibuat dan Parti mempunnyai obligasi membuat siasatan dan tindakan tertentu, jika perlu.Keadilan itu perlu diteggak bukan atas dasar emosi, tetapi peraturan yang sah diperakui oleh ahli parti dan undang undang negara.

PKR bukanlah dibina oleh seorang individu sebaliknya oleh semua yang telah bersetuju, jadi mana mana ahli atau pemimpin yang melanggar displin parti harus bersedia untuk diambil tindakan. Setiap pemimpin yang berjiwa besar harus menyatakan perkara yang benar dan boleh menerima teguran dan menegur.

Semua pihak seharusnya menghormati keputusan Jawatankuasa Displin Parti yang memberi surat tunjuk sebab kepada Zuraida yang perlu dijawab olehnya dalam tempoh 14 hari sebelum apa-apa tindakan selanjutnya. Dalam masa yang sama memberi ruang yang secukupkan untuk YB Zuraida membela dari.
Saya percaya YB Zuraida akan menjawab pertuduhan pertuduhan itu dengan wajar.

Saya menyeru supaya ahli parti bertenang dan terus membantu menyelesaikan kemelut dalam parti.

Selaku anggota dan pimpinan parti, tindakan kita adalah tertakluk kepada Perlembagaan Parti KEADILAN dan Kod Etika Disiplin Parti; PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG BATANG LUPAR memberikan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Lembaga Disiplin untuk melaksanakan proses yang sewajarnya.

Mana-mana jawatan parti samada melalui pemilihan atau lantikan termasuk jawatan lantikan Presiden seperti Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang telah diperakukan dalam perlembagaan parti wajar dihormati. Tidak timbul ‘double-standard’ dalam perkara ini.

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG BATANG LUPAR juga menolak sebarang campurtangan luar dan NGO yang berhasrat mempengaruhi keputusan Lembaga Disiplin.

Struktur dan saluran parti wajar dihormati, bukan menggunakan saluran lain. Penggerak Muafakat tidak mewakili parti mahupun anggota parti.

Kepimpinan Cabang dan Ranting PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG BATANG LUPAR akan terus bersama mendokong kepimpinan Parti KEADILAN yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti yang istiqamah membawa Agenda Reformasi.

“KEKAL BERSATU TERUS MAJU”

ABG. ZULKIFLI BIN ABG.ENGKEH
KETUA CABANG
PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) BATANG LUPAR, SARAWAK