Tuesday, June 28, 2022

Sarawak beri tumpuan untuk projek pembangunan luar bandar di Bintulu

Secara Rawak

SUAI: Dalam usaha memberikan pembangunan yang sama rata kepada penduduk luar bandar, Kerajaan Sarawak memperuntukan RM50 juta untuk kemudahan bekalan air rumah-rumah panjang di Bintulu.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, projek bekalan air untuk fasa satu sudah dilaksana, namun difahamkan masih terdapat 20 buah rumah panjang lagi belum menikmati bekalan air.

“Air memang sudah ada untuk fasa pertama dan telah memberikan banyak manfaat kepada rumah panjang dalam kawasan tersebut, Namun menurut Dato Sri Stephen Rundi, masih terdapat banyak rumah panjang yang belum dapat menerima bekalan air, dan adalah menjadi tanggungjawab GPS untuk memberikan peruntukan yang besar dalam memenuhi keperluan ini,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran GPS Zon 12A & Majlis Taklimat Projek utiliti rakyat di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak turut meluluskan peruntukan RM36 juta untuk menyambungkan jalan raya ke rumah-rumah panjang di Ulu Suai.

“Jalan Raya Ulu Suia, kita bangunkan menggunakan teknologi baharu, Tan Sri Datuk Amar James minta untuk menaikkan jalan di Ulu Suia dan telah dilaksanakan GPS, namun masih terdapat rumah panjang yang tidak disambung yang turut mahukan jalan disambung ke jalan yang dibina pada hari ini,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru