SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew telah menyerahkan bantuan baucer tunai sempena Program Kasih Sayang Tahun Baru Cina 2020 sebentar tadi.

Program telah berlangsung di Fair Price Sungai Merah pada jam 9 pagi.

Oscar yang ditemui wartawan berkata, ” Ini merupakan program pertama kali yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat saya.”

“Program ini bertujuan bagi meringankan beban penduduk di Bandar Sibu yang berpendapatan rendah di mana pendapatan tidak melebihi RM1500 ,” ujarnya.

Jelasnya, “Pihak Pejabat saya telah menghubungi seramai 120 orang penerima bantuan E-Kasih bagi memberikan bantuan baucer ini kepada mereka.”

“Baucer tunai bernilai RM168 ini boleh digunakan untuk membeli barangan di Fair Price Sungai Merah dan hanya boleh digunakan untuk hari ini sahaja sebelum pukul 8 malam,” ujarnya lagi.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah,” katanya lagi.

Program ini mendapat kerjasama dengan Pihak Fair Price Sungai Merah bagi menjayakan program ini.