SIBU: Program isi minyak percuma daripada Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew mendapat sambutan hangat daripada penduduk di Sibu.

Program yang berlangsung hari ini disertai oleh 500 buah motosikal yang disertai oleh pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Oscar Ling Chai Yew berkata, “saya telah menaja 500 motosikal dengan isian minyak sebanyak RM5 melalui program tersebut.”

Tambahnya, “Ini merupakan program kedua yang saya anjurkan selepas pertama kali dianjurkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.”

“Program ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang prihatin terhadap rakyat supaya mengurangkan perbelanjaan rakyat sempena Tahun Baru Cina ini, “ jelasnya sewaktu ditemui wartawan selepas menyampaikan kupon isian RM5 kepada pengunjung motosikal yang hadir.

Jelasnya, “Sesiapa yang dapat kupon tersebut, boleh mengisi minyak di stesen minyak Petronas tersebut pada bila-bila masa dalam tiga hari bermula pada hari ini dan berakhir pada Isnin ini. “

Mereka yang telah mendapat kupon bolehlah mengisi minyak di Stesen Servis Petronas, Jalan Tun Abang Haji Openg 2 (Syarikat Unipetro) bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua.