SIBU: Ahli Parlimen SIbu, Oscar Ling Chai Yew telah mengadakan perbincangan dengan pihak Pos Laju bagi menyelesaikan kesesakan yang berlaku di Pos Laju di Daerah Sibu.

Perbincangan dengan pihak Pos Malaysia telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sibu itu semalam telah berlangsung selama setengah jam.

Oscar yang ditemui wartawan selepas perbincangan berkata, “saya telah membangkitkan isu ini setelah mendengar luahan hati rakyat di media sosial dan yang mengadu secara terus dengan saya.”

“Kesesakan di Pos Laju Sibu adalah ekoran bilangan bungkusan yang telah meningkat tiga kali ganda daripada biasa ekoran dengan ledakan e –dagang.

Penduduk di Bandar Sibu telah mula menggunakan e-dagang sebagai platform untuk membeli-belah dan mendapat barang keperluan terutamanya dari Semenanjung Malaysia,” jelasnya .

Katanya, “Ledakan e-dagang secara tiba-tiba ini menyebabkan isipadu penghantaran meningkat secara mendadak, dan Pihak Pos Malaysia telah mengambil inisiatif untuk dengan mengambil tindakan dengan menambahkan kurier yang sedia ada bagi meningkatkan kapasiti serahan di kawasan Sibu.”

“Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan penjelasan dan tindakan yang telah diambil oleh Pihak Pos Malaysia bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk Sibu.

Ledakan E-Dagang ini pula, sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada penduduk SIbu dimana peluang pekerjaan sebagai kurier kini terbuka luas kepada untuk sesiapa yang berminat,” tambahnya.

Ujarnya , “Sesiapa yang berminat untuk menjadi Pos Rider boleh menghubungi Pos Malaysia Sibu .“

Oscar yang pernah membangkitkan isu ini sewaktu sidang Dewan Rakyat yang lepas sewaktu sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia .