KENYA: Seorang wanita Kenya baru-baru ini menjadi tajuk berita utama di media massa selepas dikatakan menjual suaminya yang berlaku curang kepadanya.

Dia dikatakan menjual suaminya kepada teman wanitanya dengan harga AS$17 (RM69).

Selepas menemui suaminya bersama-sama wanita tersebut di katil di rumahnya, Edna Mukwana menghalau suaminya dan melarangnya kembali ke rumah selama seminggu.

Edna kemudiannya berjumpa dengan teman wanita suaminya itu dan menawarkan untuk menjual suaminya itu kepadanya dengan harga 2,000 syiling Kenya.

Biarpun dia tidak mengharapkan sebarang respons daripada wanita tersebut, tetapi apabila wanita itu memberinya syiling 2,000 Kenya, dia terus mengambil keputusan mengambilnya.

Duit tersebut digunakan olehnya untuk membeli pakaian anak-anaknya.

Apabila ditanya sama ada dia mahu menerima suaminya kembali, dia mengatakan dia tidak akan menerimanya semula.

Dia mahu membuang sejarah hitam 2019 dan memulakan kehidupan baru.