Tuesday, August 16, 2022

Siapa calon PSB bertanding di enam kerusi Dayak dalam PRN-12?

Secara Rawak

KUCHING:  Sebagai langkah serius untuk memberi tentangan kepada GPS, Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh akan mempertahankan kubu kuatnya di Bawang Assan selain menampilkan 79 lagi calon lain dalam PRN-12 nanti. 

“Saya akan terus mempertahankan Bawang Assan,” katanya kepada media semalam.

Satu lagi nama diumumkan untuk bertanding, iaitu Datuk William Nyalau Badak bagi mewakili PSB di Batang Ai.

Dengan ini sudah enam kerusi diumumkan oleh Wong, iaitu Opar bakal diwakili Datuk Ranum Mina di Tasik Biru (Datuk Dr Tiki Lafe), Balai Ringin (Datuk Masir Kujat) dan Engkilili Dr Jonical Rayong.

PSB menyatakan hasratnya  bertanding di semua 82 kerusi DUN. Dalam PRU lalu, pembangkang memenangi 10 kerusi, iaitu tujuh DAP dan tiga PKR.

Kata Wong, sebagai Presiden parti, beliau akan akan menerajui parti itu dalam PRN nanti dan menjadikannya satu persaingan persahabatan.

“Biarkan rakyat membuat pilihan,” katanya lagi.

PSB ialah parti serpihan SUPP yang dijenamakan semula daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP)

Selain kawasan majoriti Cina, PSB menaruh harapan untuk memenangi kawasan majoriti Iban dalam PRN nanti yang dijangka diadakan pada 2021.

Baru-baru ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pilihan raya negeri tidak akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru