KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ekonomi negara semakin merudum semenjak pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, sewajarnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng harus sedar daripada dibuai mimpi dan harus bertanggungjawab terhadap kemelesetan ekonomi negara.

“Guan Eng perlu bangun dari mimpi ekonomi Malaysia tidak berkembang malah semakin merosot,” katanya.

“Guan Eng mengatakan ekonomi negara akan berkembang pada tahun 2020… tapi realitinya tidak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu menjelaskan bahawa kerajaan PH hari ini gagal menyelesaikan kelangsungan ekonomi negara.

“Ekonomi negara tidak akan berkembang malah semakin merosot kerana kerajaan PH masih lagi bergelut dengan masalah-masalah yang lama.

“Isu-isu yang saya senaraikan ini menjadi cabaran utama kepada kelangsungan ekonomi negara. Masalah ini gagal diselesaikan kerajaan PH pada tahun lepas,” ujarnya.