Tuesday, September 27, 2022

G25 nafi minta Jakim dimansuhkan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas penjawat awam atau G25 menafikan mereka telah mengeluarkan saranan untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan.

Sebaliknya, menurut  G25 dalam satu kenyataan, jabatan itu tidak diperuntukkan sebarang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya lagi, adalah lebih baik sekiranya Raja-raja Melayu berkenan untuk mendapatkan kuasa bagi mewujudkan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), dan Jakim diletakkan sebagai sekretariatnya.

“Baginda-Baginda boleh melakukannya melalui Parlimen untuk membuat pindaan kepada Perkara 38 (Perlembagaan Persekutuan).

“Jika ini dapat dilakukan dengan sendirinya langkah ini akan meningkatkan lagi peranan Majlis Raja-Raja (MRR), terutamanya dalam hal-hal berhubung dengan pentadbiran Islam di Malaysia,” menurut kumpulan itu lagi.

Media pada Sabtu melaporkan dakwaan G25 bahawa penubuhan Jakim dan MKI tidak mengikut perlembagaan kerana tiada peruntukan untuk agensi berkenaan ditubuhkan di peringkat nasional.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru